BERITA SEMASA

ATM nafi hantar anggota ke Palestin

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak terlibat menghantar anggota tentera melalui misi ketenteraan ke Palestin seperti tular di aplikasi TikTok.

Markas ATM dalam kenyataan berkata, video yang tular semalam itu adalah video anggota ATM menyertai misi United Nations Interim Force in Lebanon (Unifil) pada tahun 2022.

“Video tersebut adalah misi Unifil bagi Kumpulan Malaysian Battalion 850-10 (Malbatt 850-10) ke Lubnan pada 2022.

“Justeru, ATM menafikan kandungan video tular tersebut dan mengesahkan bahawa ianya adalah tidak benar sama sekali,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Video berdurasi 36 saat tular TikTok semalam mendakwa kerajaan terlibat menghantar anggota ke Palestin yang kini berdepan konflik dengan Israel.

Sehubungan itu, ATM menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebar sebarang maklumat palsu bagi mengelak spekulasi dan suasana panik dalam masyarakat.

“Adalah ditegaskan bahawa mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button