BERITA SEMASA

Warga emas hilang ditemukan lemas di Sungai Muar

TANGKAK – Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak semalam ditemukan lemas di Sungai Muar pagi tadi, kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh berhampiran Jambatan Panchor-Gersik.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, mangsa berusia 62 tahun itu ditemukan dalam keadaan sempurna sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Tangkak untuk proses bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, mangsa keluar dari rumahnya di Kampung Parit Tunggul, Kundang Ulu sekitar jam 6 pagi semalam sebelum kenderaannya ditemui orang awam berhampiran jambatan berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat segera digerakkan selepas laporan kehilangan diterima pihak berkuasa.

Insiden tersebut turut mengundang perhatian masyarakat setempat yang berharap agar keselamatan kawasan berhampiran sungai dapat ditambah baik, termasuk pemasangan papan tanda amaran dan pagar keselamatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button