BERITA SEMASA

2 bot utama Global Sumud Flotilla diganggu tentera Israel

KUALA LUMPUR – Dua bot utama Global Sumud Flotilla dihampiri kapal tentera Zionis yang melakukan ugutan dan kerosakan terhadap sistem komunikasinya.

Menurut satu hantaran menerusi akaun Instagram Thiagoavilabrasil, kapal tentera Zionis turut melakukan taktik berbahaya terhadap dua kapal utama misi kemanusiaan itu.

“Sebuah kapal tentera Israel baru sahaja menghampiri bot kami, melakukan ugutan, merosakkan sistem komunikasi kami serta melakukan taktik berbahaya dengan mengelilingi bot utama kami, Alma dan Sirius.

“Walaupun berlaku kerosakan pada peralatan elektronik, tiada siapa yang cedera dan kami terus belayar ke Gaza untuk memecahkan kepungan dan membuka laluan kemanusiaan,” katanya hari ini.

Kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla kini berada dalam keadaan penuh berjaga-jaga selepas menerima laporan peningkatan aktiviti dron di ruang udara misi.

Menurut Sumud Nusantara Official, situasi itu menandakan cabaran yang semakin getir sedang dihadapi para peserta misi kemanusiaan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button