BERITA SEMASA

Helikopter tentera Israel pintas kapal Conscience bawa lapan aktivis Malaysia ke Gaza

SERI KEMBANGAN – Tentera Israel dilapor menggunakan helikopter bagi memintas kapal Conscience yang membawa lapan aktivis Malaysia dalam misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition-Thousand Madleens to Gaza (FFC-TMTG).

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar, yang menjelaskan bahawa cara pintasan kapal itu berbeza berbanding sebelum ini.

“Pintasan kapal layar daripada laut tapi kapal Conscience dipintas dengan helikopter,” katanya pada sidang media hari ini.

Kapal Conscience dimiliki Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan membawa Ketua Misi, Prof. Emeritus Dr. Mohd Alauddin Mohd Ali; Dr. Fauziah Hassan; Dr. Hafiz Sulaiman; Dr. Ili Syakira Mohd Suhaimi; wartawan Syafik Shukri Abdul Jalil; dua pensyarah universiti, Prof. Dr. Mohd Afandi Salleh dan Dr. Noorhasyimah Ismail; serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Norsham Abu Bakar.

Misi FFC-TMTG turut disertai 10 kru kapal, 20 wartawan antarabangsa, 21 pakar perubatan, tiga ahli Parlimen, 34 aktivis dan enam anggota Jawatankuasa Pemandu FFC.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button