Kerajaan Selangor sedia bantu aktivis Malaysia sertai Global Sumud Flotilla – MB
SEPANG – Kerajaan Selangor menyatakan komitmen untuk membantu aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk memberi sokongan kepada keluarga mereka.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri sebelum ini telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM1 juta kepada Malaysia International Humanitarian Centre (MIHC) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), yang boleh dimanfaatkan bagi membantu mereka yang terjejas termasuk peserta misi kemanusiaan.
“Selain itu, kita ada beberapa hotel milik kerajaan negeri yang boleh digunakan sebagaimana ketika COVID-19 untuk tujuan kuarantin dan sebagainya.
“Kita sangat terbuka sebagaimana negeri pertama menyahut seruan pembinaan semula Gaza, begitulah juga kita akan sambut mereka. Kebetulan mereka akan turun di bumi Selangor iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas meninjau Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) di MAPIM Central Warehouse di sini, malam tadi.
Terdahulu, Amirudin diberi taklimat oleh Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr. Sani Araby Abdul Alim Araby mengenai perkembangan usaha membebaskan serta membawa pulang 23 aktivis Malaysia yang kini ditahan Israel ketika menyertai misi GSF.
Dalam pada itu, Amirudin menegaskan, kerajaan negeri komited penuh memastikan keselamatan dan kebajikan semua delegasi sentiasa terjamin.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








