BERITA SEMASA

Sumud Nusantara buka pendaftaran sukarelawan GSF 2.0

CYBERJAYA – Gerakan Sumud Nusantara hari ini mengumumkan pencarian sukarelawan bagi menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0)

Berdasarkan hantaran di media sosial, Sumud Nusantara Official mengumumkan langkah itu sebagai persiapan untuk lebih daripada 100 buah bot bagi menjayakan misi berkenaan.

“Dalam beberapa minggu dan bulan yang akan datang, kami akan membuat persiapan untuk lebih daripada 100 buah bot bagi misi GSF 2.0.

“Sekiranya anda mempunyai pengalaman yang relevan serta kelapangan masa, kami amat mengalu-alukan penyertaan anda dalam pasukan kami,” kata hantaran itu, hari ini.

Mneurut hantaran itu lagi, posisi yang dibuka bagi pendaftaran adalah bagi mekanik, juruelektrik, kapten kapal dan kru kapal berpengalaman.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button