Selat Hormuz dibuka, harga minyak terus susut
LONDON – Penurunan harga minyak mentah dunia dipacu oleh pembukaan semula Selat Hormuz selepas termeterainya MoU antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, yang dijangka meningkatkan aliran bekalan ke pasaran global.
Laluan perkapalan yang kembali beroperasi ini telah meredakan kebimbangan bekalan, sekali gus mendorong harga minyak mentah dunia untuk terus menyusut.
Setakat pukul 1.46 pagi Greenwich Mean Time (GMT), minyak mentah penanda aras Brent susut 54 sen atau 0.68 peratus kepada AS$78.31, iaitu bersamaan dengan RM324.05 setong.
Sementara itu, minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat turun 46 sen atau 0.60 peratus kepada AS$76.14, iaitu bersamaan dengan RM315.07 setong.
Penganalisis pasaran berkata pembukaan semula Selat Hormuz mengurangkan kebimbangan terhadap gangguan bekalan minyak yang sebelum ini menolak harga komoditi itu lebih tinggi ketika konflik di Asia Barat memuncak.
Selat Hormuz merupakan laluan perkapalan tenaga paling penting di dunia, dengan sebahagian besar eksport minyak mentah dari rantau Teluk melalui perairan tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







