PRN Sabah: BN lancar jentera esok
KUALA LUMPUR – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini bersidang bagi membincangkan persiapan terakhir menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, mesyuarat tersebut turut menumpukan kepada perincian kerjasama yang telah dimuktamadkan bersama Pakatan Harapan (PH), termasuk penetapan pembahagian kerusi yang telah dipersetujui antara kedua-dua gabungan.
“Mesyuarat juga menegaskan kepentingan untuk memastikan kebajikan rakyat Sabah dan kepentingan negara terus dipelihara, selaras dengan tradisi kestabilan serta pembangunan yang menjadi teras perjuangan BN selama ini,” katanya.
Sementara itu, BN turut mengumumkan bahawa Pelancaran Jentera BN bagi PRN Sabah akan diadakan esok jam 2.30 petang di Sutera Harbour, Kota Kinabalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







