JENAYAH & MAHKAMAH

Polis rakam keterangan ahli keluarga budak 4 tahun putus jari akibat mercun

GURUN – Polis sudah merakam keterangan ahli keluarga kanak-kanak berusia empat tahun yang putus jari telunjuk tangan kiri dan kelopak mata kanan akibat bermain mercun di rumahnya di Kampung Tempoyak, Merbok, kelmarin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, setakat ini pihaknya masih menyiasat jenis mercun yang digunakan dalam kejadian itu.

“Kalau saya tengok gambar, saya rasa ia mercun yang tidak dibenarkan penjualannya di negara ini (haram).

“Kedah ni berhampiran sempadan, jadi penyeludupan bukan saja minyak tetapi benda yang dilarang atau benda tu dibenarkan tetapi kemasukannya secara haram termasuklah mercun.

“Pembelian mercun secara dalam talian itupun ya… Sebab di Kubang Pasu pun ada tangkap penjual senjata api berurusan secara dalam talian, ” katanya pada sidang media pada Majlis Pelancaran Op Selamat 26 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 Kontinjen Kedah, hari ini.

Adzli berkata, sepanjang musim perayaan Aidilfitri, pihanknya menerima lebih daripada 400 permohonan lesen penjualan mercun di Kedah yang diluluskan.

Baeliau bagaimanapun berkata, hanya 262 daripada permohonan itu diluluskan atas sebab tertentu termasuklah kelayakan individu yang memohon dan banyak lagi syarat yang ditetapkan.

“Kejadian yang berlaku kelmarin, kita amat simpati dan kita akan buat pemeriksaan dari masa ke semasa bagi memastikan mercun yang dijual adalah hanya mercun yang dibenarkan sahaja, ” katanya.

Laporan media semalam menyebut, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun putus jari telunjuk tangan kiri dan kelopak mata kanan akibat bermain mercun dalam kejadian di Kampung Tempoyak, Merbok, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan kejadian berlaku sekitar pukul 12.45 tengah hari ketika mangsa dipercayai berada bersama dua lagi kanak-kanak berusia sembilan dan dua tahun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button