Dua ditahan dengan stok mercun dianggar bernilai RM412,740
KLANG – Tindakan dua lelaki menjadikan sebuah rumah di Taman Klang Utama sebagai stor simpanan dan pusat jualan mercun serta bunga api tanpa permit terbongkar selepas diserbu polis, kelmarin.
Serbuan kira-kira pukul 4 petang itu dilaksanakan sepasukan anggota Cawangan Risik Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih menerusi Op Taring Charlie Intra/Inter hasil maklumat risikan.
Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Amanjit Singh berkata, pemeriksaan di lokasi berkenaan membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan berusia antara 29 hingga 32 tahun.
“Turut dirampas 272 kotak besar mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api yang disimpan di dalam sebuah lori dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM412,740,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurut beliau, semua suspek bersama barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Akta Bahan Letupan 1957, Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MP Klang) 2007 serta Akta Pengangkutan Jalan 1987.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








