JENAYAH & MAHKAMAH

Suspek insiden tembak kenderaan AKPS sudah ditahan

KUALA LUMPUR – Suspek insiden tembakan mensasarkan kenderaan dipandu komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Bukit Kayu Hitam semalam sudah ditahan polis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail berkata, suspek yang ditahan dalam tempoh kurang 24 jam itu kini sedang disiasat.

“Kita dah buat tangkapan tak sampai 24 jam dan suspek sekarang dalam proses soal siasat

“Insiden yang berlaku di Bukit Kayu Hitam semalam amat kita kesali tetapi kita bersyukur kerana Komander AKPS itu selamat ketika keluar awal pagi untuk solat Subuh,” katanya dalam sidang Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu ketika menjawab soalan tambahan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) mengenai isu keselamatan di sempadan, Saifuddin berkata, kerajaan memberi jaminan tidak akan tunduk kepada sebarang bentuk ancaman.

Katanya, antara jenayah yang kerap berlaku di sempadan termasuk penyeludupan senjata, dadah, pemerdagangan manusia, pendatang asing tanpa izin dan jenayah terancang.

Justeru katanya, keselamatan pegawai kerajaan yang bertugas di sempadan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan .

“Saya nak sebut, jaminan keselamatan sempadan adalah keutamaan kerajaan, jadi segala usaha yang berkaitan keselamatan pintu sempadan diberi perhatian.

Dalam kejadian petang semalam, dua lelaki bermotosikal melepaskan dua das tembakan kepada kereta dipandu Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir.

Tembakan mengenai bahagian sisi kenderaan dan tidak mengenai Mohd Nasaruddin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button