Pesara hilang RM431,000 terpedaya skim pelaburan palsu
KULAI – Seorang pesara syarikat swasta mengalami kerugian sebanyak RM431,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan yang tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang lelaki berusia 67 tahun, semalam.
Menurutnya, mangsa mendakwa terpengaruh dengan sindiket pelaburan tersebut selepas dijanjikan pulangan keuntungan antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh hanya tiga hari.
“Suspek memaklumkan bahawa keuntungan yang dijana akan dimasukkan ke dalam akaun pelaburan atas nama mangsa melalui satu aplikasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mangsa kemudiannya membuat sebanyak 32 transaksi pembayaran yang berjumlah RM431,000 ke tiga akaun bank tempatan, bermula dari 17 Mac hingga 15 Mei lalu.
“Selepas semua pembayaran dilakukan, mangsa menyemak aplikasi tersebut dan mendapati nilai pelaburannya kononnya telah mencecah RM3 juta,” katanya.
Namun, apabila cuba mengeluarkan ‘keuntungan’ itu, mangsa diminta untuk membuat pelaburan tambahan sebanyak RM30,000. Menyedari dirinya ditipu, mangsa terus membuat laporan polis.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







