BERITA SEMASADALAM NEGERI

Mohamad Sabu rasmi rumah sembelihan RSC, perkukuh industri daging halal negara

KUALA SELANGOR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu semalam merasmikan Rumah Sembelih Colla (RSC) di sini sekaligus menandakan satu lagi sokongan usaha ke arah memperkukuh industri daging halal tempatan.

RSC yang dibangunkan sebagai fasiliti moden itu berperanan meningkatkan kapasiti penyembelihan dan pemprosesan daging halal negara dengan kemampuan mengendalikan 18 hingga 20 ekor lembu sejam.

“Keupayaan tersebut sekaligus memacu kecekapan operasi dan mengukuhkan rangkaian dari ladang terus kepada pengguna.

“RSC juga dilengkapi peralatan canggih termasuk cold room, blast freezer, sistem kebersihan bersepadu serta prosedur keselamatan makanan bertaraf industri.

“Dengan adanya RSC ini, kita bukan sahaja dapat memastikan bekalan daging tempatan lebih stabil dan berkualiti, malah membuka peluang ekonomi baharu kepada penduduk sekitar Kuala Selangor,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau.

Mohamad Sabu semasa kunjungan perasmian Rumah Sembelih Colla (RSC) di Kuala Selangor, semalam.
Mohamad Sabu menandatangani perasmian Rumah Sembelih Colla (RSC) di Kuala Selangor, semalam.

Selain itu katanya, RSC turut membuka peluang kepada penternak dan usahawan daging untuk tujuan penyembelihan serta penyimpanan, sekali gus meluaskan akses kepada perkhidmatan berkualiti tinggi.

Dalam masa sama, Mohamad Sabu menyambut baik usaha Colla memperkukuh portfolio daging premium melalui ternakan baka MyGyu yang mampu menghasilkan daging berkualiti setanding Wagyu import, tetapi pada harga lebih berpatutan.

“Insya-Allah, pelancaran RSC ini membawa kita semakin hampir mencapai tahap sara diri daging tempatan yang lebih tinggi, sambil memastikan keterjaminan makanan negara terus dipertingkat,” katanya.

Penggunaan teknologi yang membolehkan pusat penyembelihan RSC di Kuala Selangor menyembelih kira-kira 20 ekor lembu sejam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button