‘Bang Mat’ pamer bakat masak kari di Hanoi
KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mempamerkan bakat memasak kari di Rumah Malaysia, Hanoi semalam.
Perkara itu dikongsi beliau menerusi satu hantaran di Facebook.

“Bang Mat dengan para pegawai bergotong-royong masak kari untuk makan malam di Rumah Malaysia, Hanoi.
“Semua pakat bantu-membantu, rasa macam satu keluarga besar walaupun kita semua jauh di perantauan,” tulisnya.
Ketika ini, Mohamad dan delegasi Malaysia berada di Hanoi, Vietnam dalam rangka lawatan rasmi ke negara itu.
Tambah beliau, pihaknya juga merakamkan penghargaan kepada Duta Besar Malaysia ke Vietnam, Datuk Tan Yang Thai serta isteri, Datin Akiko Morioka Tan.
“Terima kasih banyak atas layanan yang cukup istimewa dan mesra sepanjang kami di sini.
“Inilah dia semangat Malaysia yang sebenar, walaupun di bumi Vietnam, kehangatan dan kemesraan yang ditunjukkan tetap buat kita rasa macam di rumah sendiri,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















