Mexico kerah 100,000 anggota keselamatan menjelang Piala Dunia 2026
BANDAR MEXICO – Mexico mengerahkan kira-kira 100,000 anggota keselamatan terdiri daripada tentera, polis dan pengawal keselamatan bagi memastikan kelancaran serta keselamatan Piala Dunia 2026 yang dijangka menarik kehadiran lebih lima juta pelancong ke negara itu.
Langkah keselamatan berskala besar itu dilaksanakan ketika Mexico bersama Amerika Syarikat dan Kanada bersiap sedia menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia tersebut.
Tindakan berkenaan turut dibuat susulan kematian ketua kartel dadah paling berkuasa di Mexico, El Mencho yang ditembak mati oleh pihak berkuasa kira-kira tiga bulan lalu.
Ketua Polis Bandar Mexico, Pablo Vazquez berkata, pihaknya mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan acara berskala besar dan yakin keselamatan penyokong dapat dijamin sepanjang kejohanan berlangsung.
“Kami mempunyai banyak pengalaman untuk mengawal situasi dalam acara-acara besar seperti Piala Dunia. Kami memberi jaminan keselamatan para penyokong akan terjaga,” katanya.
Selain ancaman berkaitan keganasan kartel dadah, pihak berkuasa turut berdepan cabaran lain apabila ribuan guru mengadakan protes bagi menuntut kenaikan gaji dan pencen yang lebih setimpal.
Kumpulan terbabit dilaporkan bersedia mengepung beberapa lebuh raya utama serta mengganggu ketibaan pasukan yang akan beraksi pada Piala Dunia 2026.
Bandar Mexico dijadual menjadi tumpuan dunia apabila menjadi venue perlawanan pembukaan membabitkan Mexico dan Afrika Selatan pada awal pagi Jumaat ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















