BERITA SEMASA

Presiden Persatuan Jurutera Mexico mohon maaf isu isyarat perkauman di Piala Dunia

GUADALAJARA – Presiden College of Geomatics and Topographic Surveying Engineers of the State of Jalisco (CITGEJ), Ulises Fernando Bernal Miramontes tampil memohon maaf secara terbuka selepas tular rakaman memaparkan dirinya membuat isyarat menghina berbentuk ‘slant-eye’ ketika aksi Piala Dunia di Mexico.

Ulises Fernando Bernal Miramontes
Ulises Fernando Bernal Miramontes mengakui insiden berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi serta kontroversi, sekali gus memohon maaf secara terbuka dalam bahasa Inggeris dan Sepanyol.

Insiden itu dikatakan berlaku ketika perlawanan antara Korea Selatan dan Republik Czech di Guadalajara pada 11 Jun lalu, yang turut disaksikan oleh seorang YouTuber dari Korea Selatan.

Menerusi kenyataan di media sosial pada 14 Jun, Ulises Fernando Bernal Miramontes mengakui insiden berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi serta kontroversi, sekali gus memohon maaf secara terbuka dalam bahasa Inggeris dan Sepanyol.

“Dalam beberapa hari kebelakangan ini, satu video telah tersebar dan menimbulkan pelbagai reaksi. Oleh itu, saya merasakan adalah penting untuk memohon maaf secara terbuka,” memetik The Straits Times online.

Sebelum itu, rakaman yang dimuat naik seorang YouTuber Korea Selatan di Instagram menunjukkan beliau berada di tempat duduk belakang sambil melakukan isyarat tersebut ke arah kamera ketika perlawanan berlangsung.

Susulan insiden itu, badan profesional berkenaan, College of Geomatics and Topographic Surveying Engineers of the State of Jalisco (CITGEJ) dalam kenyataannya pada 13 Jun memaklumkan pihaknya akan menjalankan siasatan dalaman berhubung perkara tersebut.

Jurucakap CITGEJ berkata, Bernal berkemungkinan akan “dilucutkandaripada jawatan” selepas siasatan dijalankan.

Insiden itu turut mencetuskan kemarahan dalam kalangan rakyat Korea Selatan yang menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak sensitif dan mencemarkan semangat sukan antarabangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button