BERITA SEMASA

Pemain Denmark, Christian Eriksen, sekali lagi rebah di atas padang buat kali kedua

ODENSE – Perlawanan persahabatan antara Denmark dan Ukraine di Odense telah dibatalkan selepas pemain tengah Denmark, Christian Eriksen rebah di atas padang mengimbau kembali insiden tragis yang dialaminya ketika Kejohanan UEFA Euro 2020.

Namun kali ini, beliau dilaporkan mampu berjalan keluar dari padang dengan sendiri.

Persatuan Bola Sepak Denmark mengesahkan bahawa Eriksen telah kembali sedar dan peranti perentak jantung (pacemaker) yang dipakainya berfungsi seperti yang sepatutnya ketika insiden berlaku.

Doktor pasukan kebangsaan Denmark, Morten Boesen berkata, bekas pemain Manchester United itu kini berada dalam keadaan baik.

Eriksen
Pemain Denmark, Christian Eriksen rebah di atas padang buat kali kedua ketika perlawanan antara Denmark dan Ukraine awal pagi tadi.

“Christian berada dalam keadaan baik dan berjalan keluar dari padang dengan sendiri. Pada pandangan saya, perentak jantungnya bertindak balas seperti yang sepatutnya.

“Dia tidak sedarkan diri untuk seketika, namun kembali sedar dengan sangat cepat dan kami dapat berhubung dengannya dengan segera,” katanya.

Boesen berkata, Eriksen kini akan menjalani pemeriksaan lanjut di hospital bagi mengenal pasti punca insiden tersebut.

Katanya, pihak pasukan akan sentiasa berhubung dengan Eriksen dan pihak doktor hospital bagi mendapat maklumat terkini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button