
SUKAN
Tunisia pecat ketua jurulatih Sabri Lamouchi selepas diaibkan di Piala Dunia
TUNISIA bertindak menamatkan khidmat ketua jurulatih, Sabri Lamouchi susulan kekalahan besar 5-1 kepada Sweden dalam perlawanan pembukaan di Piala Dunia FIFA 2026.
Persekutuan Bola Sepak Tunisia dilaporkan membuat keputusan itu sejurus selepas kekalahan teruk dalam aksi Kumpulan F, sekali gus menjadikan Lamouchi jurulatih pertama yang kehilangan jawatan sepanjang kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.
Lamouchi dilantik mengendalikan Tunisia pada awal tahun ini, namun permulaan hambar dalam kejohanan berprestij itu membawa padah kepada beliau.
Tunisia kini berdepan cabaran untuk melantik pengurus baharu menjelang perlawanan penting peringkat kumpulan menentang Jepun.
Pengumuman rasmi mengenai pengganti Lamouchi dijangka dibuat dalam masa terdekat.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















