
Malaysia dijemput sertai Dialog Pendidikan Keamanan UNESCO
KUALA LUMPUR – Malaysia dijemput menyertai sesi Dialog Peringkat Menteri Berkaitan Pendidikan Keamanan UNESCO (UNESCO High-Level Ministerial Dialogue on Education).
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, persidangan itu yang diadakan di Paris, Perancis bermula 7 hingga 22 November ini mengangkat agenda Pendidikan Damai.
“Satu penghormatan buat Malaysia apabila saya dapat menyertai sesi dialog ini.
“Persidangan kali ini mengangkat agenda Pendidikan Damai yang mengungkapkan peranan setiap negara dalam memupuk budaya damai, harmoni dan mesej keamanan menerusi peranan pendidikan.
“Memetik kata Maria Montessori, ” Education is the best weapon for Peace”, selamanya peranan pendidikan harus tuntas mengangkat tema kemanusiaan sejagat dan nirmala keharmonian marcapada ini,” katanya dalam satu hantaran menerusi Facebooknya.

Fadhlina Sidek telah menyampaikan Kenyataan Negara mewakili Malaysia di persidangan itu semalam.
Antara lain, beliau telah menekankan mengenai kesungguhan kerajaan untuk menyediakan peluang pendidikan berkualiti bagi semua murid merentasi batasan kaum, agama atau status sosial.
Pendidikan berkualiti dapat mengubah kehidupan masyarakat ke arah yang lebih baik. Ini termasuk membuka peluang ekonomi yang lebih luas, menoktahkan kemiskinan serta ruang untuk mobiliti sosial.
Pendidikan berkualiti seperti yang turut disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini adalah asas bagi membangunkan Malaysia Madani.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















