BERITA SEMASADALAM NEGERI

Sekolah sesi petang tamat tamat awal sepanjang Ramadan ditetapkan sama seperti tahun sebelum ini – KPM

PUTRAJAYA – Sesi persekolahan petang bagi sekolah yang mempunyai murid beragama Islam di seluruh Semenanjung Malaysia akan tamat pada pukul 5.30 petang sepanjang Ramadan.

Manakala sesi petang bagi sekolah di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan berakhir pada pukul 5 petang, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan petang ini.

KPM berkata, pengoperasian sekolah dalam bulan Ramadan untuk sekolah kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan KPM telah ditetapkan berjalan seperti biasa, sama seperti tahun sebelum ini.

“KPM mengambil serius hantaran tidak bertanggungjawab yang cuba ditularkan oleh sesetengah pihak dalam media sosial berkenaan pengoperasian sekolah dalam bulan Ramadan pada tahun ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, operasi sekolah kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah KPM akan berjalan seperti biasa mengikut jadual sedia ada berdasarkan Surat Siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2022, yang masih diguna pakai.

Sekolah sesi pagi pula akan meneruskan operasi tanpa sebarang perubahan waktu persekolahan.

Dalam satu sidang media hari ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menyatakan bahawa KPM tidak bercadang untuk memendekkan waktu persekolahan sepanjang Ramadan tahun ini dan sesi pembelajaran akan diteruskan seperti biasa mengikut garis panduan yang ditetapkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button