BERITA SEMASA

KPM laksana Program Intervensi Kurikulum tangani keciciran pelajar

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan empat langkah pemulihan bagi menangani isu keciciran pembelajaran dalam pelaksanaan kurikulum.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, langkah yang dinamakan Program Intervensi Literasi dan Numerasi itu merupakan hasil maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk ibu bapa yang menjadi sumber maklumat penting.

Beliau berkata, langkah melalui intervensi itu termasuk Penjajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan pengemaskinian dan penyusunan semula kandungan mata pelajaran Sains dan Matematik Tahap 1 sedia ada.

“Kedua adalah melalui  pengesanan Awal Literasi dan Numerasi iaitu pengesanan awal dilakukan untuk mengenal pasti murid yang memerlukan intervensi awal dalam membaca, menulis dan mengira.

“Ketiga, Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang mesra ibu bapa, laporan PBD dipermudahkan dan boleh diakses secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu.

“Terakhir adalah Penataran Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi Ketiga 3 dengan dokumen disebar luas kepada semua guru mata pelajaran Sains dan Matematik sekolah rendah melalui penganjuran bengkel dan latihan,” katanya dalam sidang media khas di Kementeran Pendidikan hari ini.

Fadhlina berkata, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada agenda reformasi pendidikan KPM untuk memastikan penambahbaikan berterusan dalam kualiti pendidikan bagi manfaat semua murid.

Sehubungan itu katanya, KPM akan mengambil pendekatan proaktif untuk mempersiapkan pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 dengan memberi fokus pada aspek literasi, numerasi, dan pembentukan karakter.

“Murid yang dikenal pasti belum menguasai membaca, menulis dan mengira (3M) akan diasingkan dari kelas semasa dan diletakkan di bawah program ini selama tiga bulan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button