BERITA SEMASA

KPM lanjutkan tempoh pengisian data komponen pentaksiran hingga 5 Disember ini

PUTRAJAYA — Kementerian Pendidikan (KPM) melanjutkan tempoh pengisian data bagi beberapa komponen pentaksiran ekoran kesukaran yang dihadapi guru ketika menggunakan Sistem Bersepadu KPM (MOEIS).

Menurut KPM, pemantauan melalui platform Application Performance Monitoring (APM) mendapati berlaku kesesakan serta peningkatan mendadak jumlah akses pengguna pada Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu sehingga menjejaskan kelancaran proses pengisian data.

“Sehubungan itu, KPM memutuskan untuk melanjutkan tarikh akhir pengisian data Pentaksiran Bilik Darjah (Pentaksiran Berterusan dan Ujian Akhir Sesi Akademik), SEGAK & BMI 5-9T serta j-QAF sehingga 5 Disember ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu KPM menegaskan pihaknya komited meningkatkan pengoperasian MOEIS bagi memudahkan tugasan guru, selain memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga pendidik terus terpelihara.

Sementara itu katanya, untuk sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan MOEIS, guru boleh menghubungi hotline 03-8884 3736 atau menggunakan sistem ICT Service Desk (ISD) melalui pautan isd.moe.gov.my.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button