BERITA SEMASA

KPM cadang perluas kelas hibrid

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan kelas hibrid di sekolah akan diperluaskan kepada 400 buah sekolah mulai tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, penambahan itu akan melibatkan peruntukan sebanyak RM 340 juta.

Katanya, penambahan itu bukan saja tertumpu di sekolah dalam kawasan bandar, malah pihaknya turut mengenal pasti sekolah di luar bandar bagi memastikan tiada sesiapa tertinggal dalam aspek pembelajaran.

Untuk rekod, projek rintis kelas hibrid sudah dilaksanakan di 110 sekolah terpilih melibatkan 550 kelas, bagi mengupayakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka dan digital pada masa yang sama.

“Secara umumnya KPM mendapat maklum balas positif daripada guru, di mana terdapat permintaan untuk tambahan kelas dan cadangan penambahbaikan, tambahan latihan penggunaan secara berkala dan penambahbaikan dari segi aspek keselamatan peralatan dalam kelas.

“Ia juga akan diseragamkan di 15 lokasi termasuk pusat sumber, bilik pentadbiran dan kelas hibrid. Ini adalah rangkaian internetnya.

“Projek ini merangkumi tiga skop utama iaitu pendawaian elektrik, RM20 juta peruntukan disediakan, peranti (RM153 juta) dan peruntukan untuk rangkaian Internet sebanyak RM167 juta,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Kah Woh berkata, hasil maklum balas guru, ada yang mencadangkan supaya diwujudkan lebih banyak video pengendalian dan pengguna kemudahan bagi memudahkan guru mengendalikan peralatan serta kemudahan disediakan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button