JENAYAH & MAHKAMAH

Kes Zara Qairina: Peguam wakili keluarga dibenar hadir Prosiding Inkues bulan depan

KOTA KINABALU – Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir dibenarkan menghadiri Prosiding Inkues berhubung kematiannya pada bulan depan.

Keputusan itu dibacakan Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Hakim Azreena Aziz yang bersidang sebagai Koroner selepas pasukan peguam diketuai Hamid Ismail memfailkan permohonan berkenaan pada 19 Ogos lalu iaitu sehari selepas sebutan inkues terbabit dibuat.

Mahkamah turut meluluskan permohonan peguam yang mewakili lima remaja yang berdepan pertuduhan di Mahkamah Kanak-Kanak berkaitan kes buli.

Turut hadir pada prosiding itu, ibu Zara, Noraidah Lamat yang kelihatan tenang sepanjang prosiding berlangsung.

Pasukan peguam Noraidah terdiri daripada Shahlan Jufri, Rizwandean M. Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan dan Farrah Nasser.

Sementara itu, lima remaja tertuduh diwakili barisan peguam diketuai Datuk Ram Singh bersama Joan Goh, Prem Elmer Ganasan, Azhier Farhan Arisin dan Abdul Fikry Jaafar Abdullah.

Pegawai pengendali inkues pula terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya Dana Arabi Wazani, Sofia Sawayan, Afiq Agoes dan Dacia Jane Romanus.

Mahkamah Koroner turut dimaklumkan semua dokumen berkaitan inkues akan diserahkan kepada peguam sehari sebelum prosiding bermula manakala senarai saksi dijangka dimaklumkan selewat-lewatnya hari ini atau esok.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button