Inkues Zara Qairina: Peguam puas hati sesi di lokasi kejadian
PAPAR – Sesi ‘locus in quo’ inkues bagi mencari punca kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, di sini pagi tadi berlangsung lancar.
Barisan peguam yang hadir pada sesi berkenaan turut berpuas hati dengan cara demostrasi diadakan termasuk jatuhan dua patung berisi air, lapor portal Kosmo Online.
Peguam Datuk Ram Singh dan Joan Goh yang mewakili lima suspek dalam kes buli Zara memberitahu pemberita bahawa tiga patung digunakan untuk menunjukkan bagaimana kejadian itu mungkin berlaku dari pelbagai sudut termasuk dari tingkat tiga blok asrama.
Ram berkata pasukannya berpuas hati dengan cara demonstrasi itu dijalankan yang dilakukan oleh kira-kira 60 orang di lokasi kejadian.
Semua yang hadir termasuk Koroner Amir Shah Amir Hassan, pakar patologi forensik Dr Jessie Hiu, ibu bapa Zara, peguam yang mewakili ibu bapa Zara, pegawai sekolah serta polis Papar.
Rombongan berkenaan kemudian beredar meninggalkan pekarangan sekolah berkenaan kira-kira pukul 11.49 pagi tadi.
Sesi inkues bersambung semula di Mahkamah Koroner petang ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








