JENAYAH & MAHKAMAH

Kes Zara Qairina: Peguam cadang AGC tuduh suspek dibawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

CYBERJAYA – Kumpulan peguam yang mewakili keluarga pelajar Tingkatan Satu, Tingkatan Satu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Allahyarham Zara Qairina menyambut baik keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menuduh suspek yang terlibat dalam kes buli berkenaan.

Peguam, Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser bagaimanapun berkata, mereka tidak mengetahui tentang identiti individu-individu yang akan didakwa dan peruntukan undang-undang yang mana akan digunakan dalam pertuduhan nanti.

zara qairina

“Keputusan tersebut (untuk mendakwa individu yang terlibat) adalah selaras dengan cadangan kami kepada AGC melalui kenyataan media kami pada 14.8.2025.

“Cadangan kami ketika itu ialah memandangkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah mendedahkan bahawa wujud keterangan yang menjurus ke arah buli sebelum kejadian menimpa Zara, pendakwaan mesti dilakukan terhadap individu-individu di dalam keterangan tersebut di bawah seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan,” kata kenyataan itu, hari ini.

Kumpulan peguam tersebut turut berharap supaya pendakwaan terhadap individu-individu terbabit yang dikaitkan dengan kematian Zara akan menggunapakai seksyen di atas supaya hukuman yang berat dapat dikenakan terhadap mereka jika berlaku sabitan.

Terdahulu, AGC dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan mendakwa beberapa individu yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan.

Keputusan itu dibuat selepas pihaknya selesai meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan kes tragis berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button