JENAYAH & MAHKAMAH

Inkues Zara Qairina: Peguam buat laporan polis susulan kebocoran maklumat

KOTA KINABALU – Peguam, Datuk Ram Singh membuat laporan polis susulan kebocoran maklumat membabitkan saksi kanak-kanak dalam inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir, semalam.

Menurut Ram yang mewakili saksi kanak-kanak yang dinamakan sebagai ‘Pelajar A’, laporan itu dibuat di di Balai Polis Luyang kira-kira pukul 4 petang semalam.

“Saya mahu polis menyiasat pelanggaran maklumat sulit ini, mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab, dan mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi saksi dan memelihara integriti inkues,” katanya sambil menambah bahawa polis sudah selesai merakan keterangannya.

Semalam, saksi kanak-kanak itu sepatutnya memberi keterangan selepas saksi kelapan, Azhari Abd Sagap mengakhiri keterangannya.

Bagaimanapun, insiden kebocoran itu menyebabkan inkues yang memasuki hari ke-10 ditangguhkan ke Isnin selepas saksi kanak-kanak itu dianggap tidak layak secara emosi untuk memberi keterangan.

Jela Ram, maklumat yang dibocorkan itu, termasuk kenyataan saksi, yang bertujuan untuk dikemukakan di Mahkamah Koroner, dibocorkan dan disebarkan secara meluas di media sosial, termasuk melalui WhatsApp.

Tambahnya, video yang dimuat naik ke TikTok turut mendedahkan nama lima pelajar.

Ram berkata, kejadian itu menyebabkan kesulitan yang tidak perlu kepada anak guamnya dan keluarganya.

“Ini jelas bertentangan dengan undang-undang, khususnya di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, serta peruntukan lain yang menjaga kerahsiaan prosiding mahkamah,” tegasnya.

Semalam, Koroner Amir Shah Amir Hassan menyatakan kekecewaannya dengan kebocoran itu.

Beliau turut menasihatkan Ram membuat laporan polis supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button