JENAYAH & MAHKAMAH

Mahkamah Koroner keluarkan notis tunjuk sebab kepada Shafie Apdal

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner hari ini mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal susulan kenyataannya berhubung inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Koroner Amir Shah Amir Hassan mengeluarkan notis tersebut selepas kesemua pihak yang terlibat termasuk Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya yang bertindak sebagai pegawai pengendali tidak mengemukakan sebarang bantahan, lapor Kosmo Online.

Permohonan itu dibuat oleh peguam Datuk Ram Singh pada prosiding yang dijalankan secara tertutup, hari ini.

Ram adalah salah seorang peguam mewakili Pelajar A yang sebelum ini didakwa mengeluarkan kata-kata mencela Zara Qairina

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah itu pada ucapan dalam satu majlis di Sandakan antara lain menyatakan kematian Zara Qairina adalah satu pembunuhan dan mempersoalkan tatacara siasatan polis dan pakar patologi forensik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button