BERITA SEMASA

ADUN Duyong kecam pertelagahan isu bendera, seru fokus masalah lebih besar

CYBERJAYA – Ahli Dewan Undangan Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem menyelar pihak yang sedang asyik bertelagah mengenai isu bendera sedangkan negara sedang dilanda isu yang lebih besar.

“Sudah-sudahlah saling mencabar pasal bendera. Ko bertekak, dia bertekak lepas tu apa? Bertumbuk?

“Tengok siapa menang siapa kalah? Tak jumpa noktah ke? Sudahlah.

“Ni ada lagi besau (besar) masalah yang perlukan solidariti kita bersama. Justice For Zara,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Beliau berkata, isu mengenai pelajar Tingkatan Satu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Allahyarham Zara Qairina Mahathir adalah lebih besar dan mengatasi isu lain.

“Krisis kepercayaan terhadap sistem keselamatan dan sistem pendidikan asrama kalau tak selesai segera, besau malapetaka tunggu kita,” katanya lagi.

Beliau kemudiannya berpesan, kepada yang mahu menunjukkan solidariti menerusi perhimpunan, supaya menghormati undang-undang.

“Yang nak berhimpun, berhimpun elok-elok. Jangan sampai merusuh. Tunjuk kesatuan bukan pertempuran,” katanya lagi

Mohd Noor Helmy kemudian turut memanjangkan jemputan kepada penduduk setempat yang yang berhampiran untuk menghadiri bacaan yasin, tahlil solat hajat buat Allahyarham Zara Qairina di semua masjid dan surau dalam DUN Duyong selepas solat Maghrib hari Khamis ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button