BERITA SEMASA

Buaya sesat, ADUN Duyong nasihat orang ramai berwaspada

MELAKA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan kehadiran seekor buaya tembaga ‘yang tersesat’ dari sungai berdekatan akibat banjir yang melanda negeri ini.

Menerusi satu hantaran menerusi laman Facebooknya, beliau berkata, buaya tersebut ditemui sesat oleh penduduk di Empang 25, Duyong di sini.

Beliau berkata, buaya sesat tersebut telah dihalau oleh bomba masuk ke sungai semula.

“Pihak PERHILITAN telah dimaklumkan mengenai kemunculan buaya itu.

“Berhati-hati pada yang lalu di kawasan tersebut. Tindakan susulan sedang diatur,” katanya.


SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button