BERITA SEMASA

Kes Zara Qairina: KPM nafi lindungi sesiapa

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah dan tidak sama sekali melindungi mana-mana pihak yang terlibat dalam kes kematian pelajar Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh menegaskan, KPM mempunyai garis panduan dan pekeliling yang dikuatkuasakan bagi menangani kes disiplin dan buli di sekolah dan tidak akan berkompromi dalam hal tersebut.

BACA JUGA:
Proses bedah siasat Zara Qairina dilaksana secara telus – Peguam
Jenazah Zara Qairina dikebumi semula selepas bedah siasat
Kes Zara Qairina: Sultan Pahang titah masjid, surau laksana solat hajat khas
Tahlil, doa untuk Allahyarham Zara Qairina

“Dalam kes Zara, kita maklum bahawa perkara ini kini dalam siasatan pihak polis.

“Kementerian tidak pernah, dan tidak akan, melindungi mana-mana pihak seperti yang didakwa,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Kah Woh berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan–Semporna) yang meminta pihak berkuasa supaya tidak melindungi sesiapa yang terlibat dalam kes berkenaan.

Kah Woh turut menegaskan, KPM sentiasa bersedia bekerjasama dengan pihak polis dan membantu dalam siasatan.

Allahyarham Zara Qairina, 13, merupakan pelajar Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah.

Dalam kejadian 16 Julai lalu, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asramanya pada pukul 4 pagi dipercayai akibat terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE1), Kota Kinabalu namun meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Pada 31 Julai lalu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun memaklumkan pihaknya tidak menolak kemungkinan unsur buli terlibat dalam kejadian tersebut.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button