BERITA SEMASA

Ribuan sertai himpunan solidariti tuntut keadilan Zara Qairina

KOTA KINABALU – Ribuan orang dilaporkan menghadiri himpunan solidariti bagi menuntut keadilan terhadap kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir di beberapa lokasi di negeri ini malam tadi.

Himpunan yang bermula sekitar jam 7 malam itu sebagai tanda sokongan terhadap keluarga pelajar Tingkatan Satu berkenaan yang dipercayai menjadi mangsa buli sehingga meragut nyawanya.

Para peserta melaungkan slogan menuntut keadilan dan mendesak pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terlibat dalam insiden menyayat hati itu.

Difahamkan, himpunan itu dianjurkan secara serentak di beberapa kawasan termasuk di Lahad Datu, Sandakan dan Tawau.

Baca juga : Kubur Zara Qairina akan digali semula

@malaysiatribune

Lebih 1,000 orang membanjiri sekitar dataran Harbour Mall, Sandakan untuk menghadiri perhimpunan menuntut keadilan kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Matahir. #malaysiatribune #zaraqairina #sabah

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Semalam, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan pihak berkuasa menggali semula jenazah, Zara Qairina bagi membolehkan prosedur bedah siasat dilakukan ke atas jenazah berkenaan.

Menurut AGC, arahan itu antara beberapa langkah yang diambil bagi membolehkan siasatan dilaksanakan secara menyeluruh.

Sebelum ini, media melaporkan ibu kepada pelajar tersebut, Noraidah Lamat, 45, memohon agar kubur anaknya digali semula bagi mendapatkan keadilan dan penjelasan sebenar punca kematian.

Isnin lalu, AGC memaklumkan pihaknya menerima laporan penuh siasatan awal pada 3 Ogos di Cawangan Sabah dan 4 Ogos di Ibu Pejabat AGC di Putrajaya, sebelum diserahkan semula kepada polis untuk tindakan lanjut.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berkata, laporan berkenaan dikembalikan kepada pihak polis bagi membolehkan siasatan dilengkapkan sepenuhnya.

Dalam kejadian 16 Julai lalu, Zara Qairina yang merupakan pelajar Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama.

Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama pada pukul 4 pagi sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Pada 31 Julai lalu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun memaklumkan pihaknya tidak menolak kemungkinan unsur buli terlibat dalam kejadian tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button