BERITA SEMASA

Tahlil, doa untuk Allahyarham Zara Qairina

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah akan menganjurkan majlis tahlil dan doa peringkat negeri bagi mendoakan kesejahteraan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir pada Khamis ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Pendidikan dan Agama negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, majlis itu akan berlangsung selepas solat Maghrib di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan dipimpin oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sabah.

Menurutnya, acara itu turut dilaksanakan serentak di semua masjid dan surau di seluruh negeri dengan penyelarasan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

“Pada Jumaat lalu, saya telah mengarahkan Pengarah JHEAINS untuk menyelaras majlis ini di seluruh negeri. Bersama-samalah kita berdoa agar Allahyarhamah diberi maghfirah dan rahmah,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Pada 16 Julai lalu, Zara ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama pada pukul 4 pagi. Allayarham kemudian meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, di sini.

Semalam, proses gali semula kubur arwah dan bedah siasat selesai dijalankan selepas arahan daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) supaya proses bedah siasat dilakukan untuk mendapatkan bukti tambahan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button