Pasport Malaysia duduki tangga ke-2 di dunia
KUALA LUMPUR – Pasport Malaysia melonjak pada kedudukan kedua dunia dalam The Passport Index Global Ranking 2026, berbanding tempat ketiga tahun lalu.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi hantaran di Facebook berkata, pencapaian itu menyaksikan pemegang pasport Malaysia kini mempunyai akses ke 175 destinasi di seluruh dunia.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 129 destinasi boleh dikunjungi tanpa visa, manakala 46 destinasi menawarkan visa semasa ketibaan.
“Sementara itu, hanya 23 destinasi memerlukan pemegang pasport Malaysia mendapatkan visa terlebih dahulu,” kata JIM.
Kedudukan tersebut mencerminkan tahap penerimaan dan kemudahan perjalanan antarabangsa yang dinikmati pemegang pasport Malaysia.
Pencapaian itu turut meletakkan Malaysia dalam kelompok negara yang mempunyai akses perjalanan antarabangsa tinggi, sekali gus memudahkan rakyat merancang perjalanan ke pelbagai destinasi luar negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








