BERITA SEMASADALAM NEGERI

21 warga asing ditahan dalam Ops Kutip di Sungai Petani

ALOR SETAR – Seramai 21 warga asing ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah dalam Ops Kutip yang dijalankan di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Sungai Petani semalam.

Menurut kenyataan jabatan itu, operasi yang bermula kira-kira pukul 12.30 tengah hari melibatkan pemeriksaan terhadap 127 warga asing sebelum 21 daripadanya ditahan.

Jelas kenyataan itu, sebahagian warga asing terbabit cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pegawai operasi, namun usaha mereka tidak berjaya apabila kawasan tersebut telah dikepung anggota penguat kuasa.

“Kesemua yang ditahan dikenakan tindakan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan pas atau permit yang sah,” menurut kenyataan tersebut hari ini.

Tambahnya, pemilihan lokasi operasi dibuat susulan aduan orang ramai berhubung kehadiran warga asing yang menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan penduduk setempat, khususnya pada hujung minggu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button