BERITA SEMASA

Hadi sifatkan pemergian Tun Dr. Hasmah kehilangan tokoh perubatan, kesihatan

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemergian Tun Dr Hasmah Mohamad Ali sebagai kehilangan besar kepada negara.

Menurut beliau, Allahyarhamah merupakan tokoh perubatan dan kesihatan yang banyak menabur bakti kepada rakyat sepanjang perkhidmatannya, khususnya dalam bidang kesihatan awam.

Menerusi hantaran di Facebook, Abdul Hadi turut melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarhamah yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), pagi ini pada usia 100 tahun.

“Sebagai seorang doktor yang pernah berkhidmat dalam bidang kesihatan awam, khususnya di Kedah, beliau telah memberikan sumbangan besar dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan serta kebajikan masyarakat, termasuk dalam bidang kesihatan wanita dan kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata, Allahyarhamah turut aktif dalam pelbagai kegiatan kebajikan dan kemasyarakatan, selain menjadi pendamping setia kepada suaminya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Abdul Hadi turut merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir dan seluruh keluarga Allahyarhamah serta mendoakan agar mereka diberikan kesabaran dan ketabahan menghadapi kehilangan itu.

Allahyarhamah Tun Dr Hasmah meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi di IJN.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button