BERITA SEMASA

Kes digigit anjing: Pemilik setuju lupus dua Rottweiler

BALING – Pemilik kepada dua anjing Rottweiler yang menyerang dan menggigit lima individu dalam kejadian di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil kelmarin, bersetuju untuk melupuskan haiwan peliharaannya dengan kaedah ditidurkan.

Menurut Pegawai Daerah Baling, Yazlan Sunardie Che Yahya, persetujuan itu dicapai susulan pertemuan antara pemilik anjing berkenaan dengan pihak berkuasa berkaitan.

“Kedua-dua anjing itu diserahkan kepada Pejabat Veterinar Baling untuk dilupuskan secara ditidurkan mengikut prosedur,” katanya memetik laporan Bernama semalam.

Selain itu, katanya, Majlis Daerah Baling mengeluarkan dua kompaun kepada pemilik berkenaan atas kesalahan membela anjing tanpa lesen.

Kelmarin, Bernama melaporkan lima individu cedera selepas digigit dua anjing itu yang terlepas daripada sangkar dalam kejadian di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil.

Semua mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button