BERITA SEMASA

‘Kalau betul Mikeno cecah pantai Gaza, saya isytihar Ardell sebagai wali Gaza’ – Nadir Al-Nuri

KUALA LUMPUR – Di mana keberadaan semua aktivis yang berada dalam bot Mikeno termasuk Ardell Aryana masih menjadi tanda tanya semua pihak. 

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, ini kerana bot berkenan berada di lokasi tetapi tak dapat dipastikan sama ada peserta masih berada di dalamnya.

“Maklumat paling sahih berkenaan Mikeno ialah CC Global Sumud Flotilla (GSF) tak dapat memastikan situasi akhirnya.

“Menurut tracker dan sistem AIS ia kelihatan berada dalam kawasan perairan Gaza, tetapi ‘route’nya tidak menepati pergerakan biasa kapal layar,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Ardell Aryana
Ardell Aryana bersama aktivis misi Global Sumud Flotilla ke Gaza.

Malah katanya, penduduk di Gaza pun tidak dapat melihat bot itu dari arah pantai.

“Apa pun, tak perlu bimbang kerana insya-Allah mereka semua selamat.

“Kapal ini dinaiki peserta dari negara Brazil, Turkiye, Netherland, Norway, Amerika, Sepanyol dan Malaysia.

“Kalau bot ni betul dapat cecah pantai Gaza, saya isytiharkan Ardell sebagai wali Gaza baru dekad ini,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button