SUKAN

Sebak dipilih kendali final Piala Dunia, Vincic menitiskan air mata

ZURICH – Pengadil dari Slovenia, Slavko Vincic tidak dapat menahan sebak apabila diumumkan sebagai pengadil perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 antara Argentina dan Sepanyol yang akan berlangsung Ahad ini.

vincic
Pengadil dari Slovenia, Slavko Vincic tidak dapat menahan sebak apabila diumumkan sebagai pengadil perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026

Menerusi satu video yang dikongsikan FIFA di platform X, Vincic dilihat menitiskan air mata sebaik sahaja menerima berita pelantikannya sebelum memeluk rakan-rakan pengadil senegaranya yang turut akan bertugas dalam perlawanan berprestij itu.

Momen penuh emosi tersebut mencuri perhatian peminat bola sepak dunia, sekali gus menggambarkan betapa besarnya penghormatan diberikan kepada seseorang pengadil untuk mengendalikan aksi final kejohanan terbesar dunia itu.

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kemudiannya mengesahkan Vincic akan mengadili perlawanan akhir yang menemukan juara bertahan, Argentina dan Sepanyol.

Beliau akan dibantu dua penolong pengadil dari Slovenia iaitu Tomaz Klancnik dan Andraz Kovacic, manakala Adham Makhadmeh dilantik sebagai pegawai keempat dan Mohammad Alkalaf sebagai penolong pengadil simpanan.

Pelantikan itu menjadi kemuncak karier Vincic yang sebelum ini berpengalaman mengendalikan pelbagai perlawanan berprofil tinggi termasuk di pentas UEFA dan Liga Juara-Juara Eropah.

Final Piala Dunia 2026 dijangka menjadi tumpuan dunia apabila Argentina dan Sepanyol berentap bagi menentukan juara baharu bola sepak dunia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button