BERITA SEMASA

Malaysia kecam serangan terhadap kapal Global Sumud Flotilla – PM

KUALA LUMPUR – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel memintas kapal Global Sumud Flotilla yang membawa orang awam tidak bersenjata serta bekalan kemanusiaan penting untuk Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tindakan Israel yang menghalang misi kemanusiaan tersebut adalah satu penghinaan besar terhadap hak rakyat Palestin dan nurani dunia.

Katanya, flotila itu merupakan simbol solidariti, belas kasihan dan harapan untuk meringankan penderitaan penduduk Gaza yang terus hidup di bawah sekatan.

“Malaysia akan menggunakan segala cara yang sah dan mengikut undang-undang bagi memastikan Israel dipertanggungjawabkan, terutama dalam hal yang melibatkan keselamatan warganegara Malaysia.

“Keselamatan dan maruah rakyat kita adalah keutamaan dan kita tidak akan membiarkan ia digadai sewenang-wenangnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama beliau turut menegaskan Malaysia akan terus berdiri teguh bersama rakyat Palestin selagi mereka dinafikan hak asasi dan cita-cita mereka.

Katanya, Malaysia tidak akan berkompromi dalam menuntut pengakhiran terhadap ketidakadilan serta perampasan yang menimpa Palestin sejak berpuluh tahun lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button