PU Rahmat kongsi pengalaman ‘serangan psikologi’ rejim Zionis
KUALA LUMPUR – Salah seorang peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla, PU Rahmat Ikhsan berkongsi pengalaman mencabar di laut yang disifatkan penuh dengan ‘serangan psikologi’ daripada pihak tidak bertanggungjawab.
Dalam hantaran terbaharu di Facebook hari ini, beliau menjelaskan bahawa letupan yang berlaku sengaja dibuat di air laut atau berhampiran kapal dan bukannya terus ke kapal dengan motif menakutkan serta melemahkan semangat pasukan.
“Kami dah dilatih hampir seminggu untuk berhadapan individu yang gila serta senario seperti ini. Insya-Allah, semuanya baik-baik belaka,” katanya.
Beliau menambah, dron-dron pihak terbabit masih berkeliaran dan dipantau secara berkala.
“Jika ada serangan terus ke kapal seperti di Tunisia, kita juga sudah bersiap sedia dengan pemadam api.
“Dunia wajib tahu yang kami adalah misi kemanusiaan tanpa senjata. Sekelumit yang kami rasa adalah jauh berbanding apa yang Gaza lalui selama lebih 700 hari.
“Pengiktirafan negara barat terhadap Palestin adalah sia-sia atau wayang sahaja jika konvoi bantuan laut ini tidak dapat sampai ke Pantai Gaza. Kegilaan ini perlu dihentikan! Bantuan wajib sampai!” tegasnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








