Flotilla: Ultras Malaya serbu Kedutaan AS, bantah kekejaman Israel
KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia terus menyuarakan kemarahan terhadap tindakan Israel ke atas sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) melalui perhimpunan di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara.
Kali ini, lebih 500 ahli kumpulan Ultras Malaya berarak dari Stesen LRT Ampang Park menuju ke Kedutaan AS di Jalan Tun Razak malam tadi.
Kumpulan yang sinonim dengan pasukan bola sepak tanah air itu mula bergerak kira-kira pukul 9 malam sambil membawa sepanduk dan kain rentang.
Mereka turut melaungkan kata-kata serta menyanyikan lagu ‘Israel Bangsat’ selain menyalakan suar sebelum berhimpun di hadapan pintu masuk utama Kedutaan AS.
Perarakan dan himpunan tersebut menyebabkan aliran trafik di kedua-dua arah ke Sungai Besi dan Jalan Pahang sesak.
Polis bagaimanapun mengawal ketat kawasan berkenaan bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








