BERITA SEMASA

Anwar bentang Belanjawan 2027 petang ini, tekad tingkat taraf hidup rakyat

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2027 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada jam 3.30 petang ini dengan menekankan aspirasi untuk menggapai di langit serta mengakar di bumi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Belanjawan MADANI kelima itu akan meneruskan komitmen kerajaan untuk memastikan kemajuan negara dapat dinikmati oleh setiap lapisan rakyat.

“Usaha ini juga bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat, membela nasib mereka serta memastikan setiap individu dapat menjalani kehidupan yang bermaruah.

“Belanjawan MADANI kelima ini meneruskan tekad untuk memastikan kemajuan negara dirasai setiap rakyat, agar taraf kehidupan terus ditingkatkan, nasib mereka terbela dan setiap daripada kita dapat hidup secara bermaruah,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Beliau turut mengajak orang ramai mengikuti siaran langsung pembentangan belanjawan berkenaan menerusi semua saluran televisyen dan platform digital utama.

Belanjawan 2027 merupakan pembentangan belanjawan tahunan kerajaan bagi menggariskan perancangan kewangan, keutamaan perbelanjaan serta langkah ekonomi negara untuk tahun hadapan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button