BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Jika tahu, saya tidak akan tandatangan borang tolak bedah siasat – ibu Zara Qairina

KOTA KINABALU – Noraidah Lamat, ibu kepada Allayarhamah Zara Qairina Mahathir, mengaku panik dan keliru sehingga menandatangani dokumen menolak bedah siasat ketika berdepan kematian anaknya.

Wanita berusia 45 tahun itu berkata, insiden berlaku pada saat beliau masih terkejut dan tidak tahu apa prosedur sepatutnya dilakukan dan kesan selepasnya.

“Tiada penjelasan yang jelas diberikan. Kami tidak biasa berdepan situasi sebegini dan panik. Jika kami tahu kepentingan bedah siasat, kami tidak akan tandatangan dokumen tersebut,” tulisnya dalam satu komen di Facebook.

Identiti wanita dengan nama ‘Noie AiDa’ melalui akaun Facebook itu disahkan oleh peguamnya, Hamid Ismail.

Komen berkenaan dipercayai dibuat susulan pendedahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M Kumar semalam bahawa Noraidah sendiri telah menandatangani borang untuk tidak melakukan bedah siasat terhadap jenazah.

Zara Qairina meninggal dunia sehari selepas ditemui terbaring selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar, dekat sini.

Kematiannya kemudian mencetuskan pelbagai spekulasi sehingga Jabatan Peguam Negara mengarahkan kubur mangsa digali semula untuk proses bedah siasat dilakukan semula.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button