BERITA SEMASA

Tak perlu pindaan borang bagi kesilapan tanda ‘cukai ditanggung majikan’ – HASiL

CYBERJAYA – Pembayar cukai individu yang tersilap menandakan ruangan ‘cukai ditanggung oleh majikan’ dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2025 tidak perlu mengemukakan pindaan bagi membetulkan kesilapan tersebut.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya telah mengenal pasti kes terbabit dan akan memproses bayaran balik lebihan cukai secara berperingkat.

Menurut HASiL, langkah itu diambil selepas mendapati terdapat pembayar cukai yang secara tidak sengaja membuat penandaan berkenaan ketika mengisi borang, sekali gus menyebabkan bayaran balik masih belum diterima.

“Bagi kes yang disahkan sebagai kesilapan penandaan, bayaran balik lebihan cukai akan diproskan tanpa memerlukan sebarang pindaan BNCP,” menurut kenyataan itu.

Dalam masa sama, HASiL menegaskan sistem pemprosesan bayaran balik cukai dilaksanakan secara automatik berdasarkan maklumat yang diisi oleh pembayar cukai.

Sehubungan itu, ketepatan maklumat amat penting bagi memastikan proses bayaran balik berjalan lancar tanpa sebarang kelewatan.

HASiL turut menegaskan komitmennya untuk memastikan pengurusan bayaran balik cukai dilaksanakan secara adil, telus dan berintegriti selaras dengan usaha memperkukuh kecekapan pentadbiran percukaian negara.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 atau menggunakan perkhidmatan HASiL Live Chat serta borang maklum balas di portal rasmi agensi itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button