JENAYAH & MAHKAMAH

Tiga suspek kes bunuh pelajar IPT di Cyberjaya direman tujuh hari

SEPANG – Tiga suspek pembunuhan pelajar universiti di Cyberjaya, Selasa lalu direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 3 Julai ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Sepang, Azaraorani Abdul Rahman.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek itu yang terdiri daripada seorang lelaki dan dua perempuan tiba di Mahkamah Sepang pada pukul 8.30 pagi dengan kawalan polis.

Ketiga-tiga suspek kemudiannya dibawa keluar dari kawasan mahkamah pada pukul 9.45 pagi.

BACA LAGI:
[KEMAS KINI] Polis buru suspek bunuh pelajar IPT di Cyberjaya
Kes bunuh penuntut universiti di Cyberjaya: 3 termasuk dua wanita diberkas

Laporan media sebelum ini menyebut, mangsa berusia 20 tahun ditemukan tidak bernyawa di sebuah unit kondominium kira-kira pukul 10 pagi.

Mangsa yang juga pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi berasal dari Kuching, Sarawak.

Hasil bedah siasat ke atas jasad mangsa mendapati, punca kematian adalah disebabkan pukulan objek tumpul ke kepala, manakala tiada sebarang kesan kecederaan yang boleh dikaitkan dengan rogol ditemukan.

Tidak sampai 48 jam, kesemua suspek ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan 19 hingga 20 tahun berjaya ditahan di sekitar Johor Bahru dan Gemencheh, Negeri Sembilan, bermula jam 9 pagi semalam hingga 2 pagi tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button