JENAYAH & MAHKAMAH

Reman ‘Sofia Rini’ tidak disambung – SPRM

PUTRAJAYA – Tempoh reman ke atas wanita dikenali sebagai Sofia Rini Buyong yang dikaitkan dalam klip video perbualan bersama ahli perniagaan berhubung isu rasuah, tidak dilanjutkan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, individu tersebut sudah dibebaskan setelah tempoh reman tamat.

“Reman tamat hari ini dan tidak disambung. (Dibebaskan) dengan jaminan SPRM,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut, tiga individu termasuk bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin ditahan SPRM, Jumaat lalu.

Dua lagi ditahan ialah ahli perniagaan, Albert Tei dan juga wanita bernama Sofia Rini Buyong.

Susulan itu, Shamsul Iskandar dan Albert Tei masing-masing direman enam hari manakala Sofia Rini, empat hari.

Azam sebelum ini dilaporkan berkata, Albert Tei ditahan kerana menjadi individu paling penting dalam siasatan dakwaan rasuah membabitkan Shamsul Iskandar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button