
Kes bunuh Manisha: UoC gantung dua pelajar
CYBERJAYA – Pengurusan Universiti Cyberjaya (UoC) mengumumkan dua pelajarnya digantung pembelajaran kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan kes pembunuhan pelajar jurusan fisioterapi berusia 20 tahun, Maniishapriet Kaur Akhara, baru-baru ini
UoC dalam satu kenyataan semalam berkata, penggantungan itu berkuat kuasa awal pagi kelmarin dan selaras dengan dasar ‘sifar toleransi’ universiti terhadap sebarang pelanggaran keselamatan.
BACA LAGI:
[KEMAS KINI] Polis buru suspek bunuh pelajar IPT di Cyberjaya
Kes bunuh penuntut universiti di Cyberjaya: 3 termasuk dua wanita diberkas
Tiga suspek kes bunuh pelajar IPT di Cyberjaya direman tujuh hari
“Kami amat sedih dengan kejadian yang berlaku baru-baru ini dan sedang mengambil langkah tegas serta segera bagi memastikan komuniti kami berasa selamat dan dilindungi,” kata Naib Canselor, Profesor Dr David Whitford.
Tindakan ini dibuat sehari selepas pihak polis mengesahkan penahanan tiga individu iaitu dua wanita dan seorang lelaki berusia antara 19 hingga 20 tahun yang dikaitkan dengan kematian Maniishapriet.
Ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 3 Julai bagi membantu siasatan.
Mereka ditahan dalam operasi berasingan di Johor Bahru dan Gemencheh, Negeri Sembilan, kurang daripada 48 jam selepas kes itu dilaporkan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |