BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Wanita sarat mengandung maut dipercayai dihentak suami guna lesung batu

KOTA TINGGI – Seorang wanita yang sarat mengandung tujuh bulan maut dipercayai dibunuh suaminya sendiri dengan menggunakan lesung batu dalam kejadian di rumah sewa mereka di Kampung Makam, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tragis itu kira-kira pukul 7 pagi.

Menurut beliau, suspek lelaki berusia 35 tahun berjaya ditahan kira-kira 30 minit kemudian di sekitar lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 3 pagi. Mangsa berusia 34 tahun dan suaminya merupakan etnik Rohingya,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, mangsa ditemui tidak bernyawa di dalam bilik sebuah rumah sewa di tingkat dua dan dipercayai mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selepas dihentak menggunakan objek tumpul yang disyaki lesung batu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button