Warga emas maut diserang gajah ketika cari lembu hilang
KUALA KRAI – Seorang warga emas maut akibat diserang gajah ketika cuba mengesan lembu miliknya yang hilang di kawasan Ladang Lepan Kabu, di sini hari ini.
Mangsa, Ghazali Setapa, 66, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden yang berlaku pada pukul 3.30 petang itu.
Menurut Penghulu Mukim Pahi, Muhammad Khairul Anuar Muhammad Noor, kejadian berlaku apabila mangsa yang ditemani seorang rakan secara tidak sengaja terserempak dengan gajah berkenaan di kawasan berkenaan.
“Mangsa sempat meminta rakannya keluar dari lokasi tersebut untuk mengemukakan laporan penemuan gajah itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
“Gajah terbabit dikatakan mengeluarkan bunyi sebanyak tiga kali sebelum bertindak menyerang mangsa, berkemungkinan akibat jarak yang terlalu dekat,” katanya.
Sementara itu, anak mangsa, Muhammad Jawal Ghazali, 25, memberitahu, dia mengetahui kejadian tragis yang menimpa bapanya selepas dimaklumkan oleh abangnya, Muhammad Amin, 27, sekitar pukul 4.30 petang.
Dia berkata, bapanya ke ladang berkenaan untuk mencari lembu yang baharu sahaja dibeli sebelum ini.
Mayat mangsa kini ditempatkan di Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai bagi proses bedah siasat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








